10 May 2013

PRU 13: Jangan Salahkan Pengundi

Apa Lagi Orang Cina Mahu?

Mohd Alidan lain-lain pemimpin, calon-calon atau wakil rakyat dari BN, tolonglah berlajar sikit, hormatlah kepada sistem demokrasi dan pilihan yang dibuat oleh pengundi, janganlah salahkan pengundi terutamanya pengundi Cina ketika mengetahui sendirinya sudah kalah dalam pilihan raya.

Tidak dapat dinafikan bahawa kekalahan ini mungkin disebabkan oleh kesalahan seseorang calon BN, selain daripada itu pengundi ramai juga yang mengundi logo parti tapi bukan colan. Ini pun mempunyai sebab-sebab mereka sendiri dan kesusahan dalam membuat pilihan juga.

BN merupakan satu badan pentadbiran gabungan daripada parti-parti yang menwakili golongan-golongan tertentu, bukan hanya kelakuan calon di sesebuah kawasan tanding itu dipertimbangkan, malah kelakuan dan jasa colon-calon lain dalam parti-parti BN juga dipertimbangkan oleh pengundi-pengundi, atau ringkasnya kata “team work” BN itu faktor utama juga.

Isu-isu besar terutamanya masalah rasuah oleh ahli parlimen BN merupakan topik utama yang dipermerhatikan oleh pengundi tidak kira pengundi apa kaum pun sejak dulu lagi. Contoh-contoh yang biasa disebut termasuklah : Jet kehilangan enjin dan dibeli dengan harga yang terlalu tinggi, kes permelihara lembu, isu PKFZ juga isu-isu yang diperhatikan oleh pengundi.

Isu sistem pendidikan merupakan satu lagi masalah besar dan isu sirius yang diambil berat oleh pengundi Cina juga. Sejak kemerdekaan negara, sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina kurang dibina jika berbanding dengan sekolah rendah Melayu. Murid-murid di sekolah rendah Cina terpaksa berlajar di ruang kawasan yang sempit and terhak, jumlah pelajar dalam satu kelas melebihi empat puluh orang, ada yang tercapai 50 puluh orang, pada masa yang sama jumlah murid dalam satu kelas hanya lebih kurang tiga puluh orang di sekolah rendah Melayu.

Lagi sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina juga mengalami kekurangan guru, masalah ini timbul sejak dua puluh tahun yang lalu, tapi tidak diselesaikan sehingga hari ini. Kos-kos bina sekolah juga susah diperolehi dari Kementerian Pendidikan, sehingga ada satu kali dengar di ceramah Teresa Kok, kata ada buat rayuan di mesyuarat parlimen, mengemukakan isu ini dalam parlimen bahawa sekolah dah dibina, empat dinding dah ada, tapi meja kerusi tak ada. Nanti ada ahli parlimen BN jawap sebegini : mangkuk sudah kasih, nasi carilah sendiri. Ini memberi impression bahawa ahli-ahli parlimen BN selalu ingatkan wang cukai itu wang bapa mereka, pengundi berasa tidak dihormati juga kerana wakil rakyat yang dipilih oleh mereka diperbodohkan dalam parlimen oleh ahli-ahli parlimen BN. Ada lagi ahli parlimen BN yang buat low class kiding dalam pailimen, iaitu YB Fong PK “bocor tiap-tiap bulan”. Pengundi marah dengan kata-kata sebegini, ini orang wakil rakyat ke wakil sendiri, atau wakil parti? Lagi ada sebab juga pengundi tidak suka kepada pengerusi MCA yang ada sex scandal, pengundi lebih menyokong Ong Tee Keat yang berani menyoalkan isu PKFZ, tapi apa yang mahu oleh pengundi bukan yang mahu oleh ahli-ahli MCA,  inilah sebab hilang undi juga.

Kekurangan sekolah rendah Cina adalah masalah lama tapi belum diselesaikan, susah untuk memohon kelulusan untuk membina sekolah Cina baru di kawasan yang kurang sekolah rendah Cina, pada masa yang sama, sekolah rendah Cina di kampung kurang pelajar telah banyak ditutupkan. Apabila mendapati kezizinan untuk membina sekolah baru di bandar adalah begitu susah, ada wakil rakyat bercadang lesen sekolah rendah di kawasan kampung itu jangan dibatalkan, boleh digunakan untuk membuat pemohonan  pemindahan sekolah Cina dari kampung ke bandar. Adakah sekolah rendah Melayu perlu buat sebegini? Adakah ini sistem yang baik dan adil? Kalau tidak, tidak malu ke nak minta pengundi berterima kasih kepada kerajaan atau minta mengenang budi?

Selain daripada itu, terdapat guru-guru mahupun pegetua sekolah yang mengeluarkan perkataan-perkataan yang menyinggung perasaan dan menyakiti hati pelajar-pelajar Cina dan India, seperti isu balik Cina dan balik India, nenek orang Cina Pelacur dan berucap kepada pelajar India bahawa hanyalah binatang yang suka memakai gelang. Dalam kes-kes ini, guru-guru yang terlibat tidak dikenakan tindakan atau denda yang berat. Menteri pendidikan pula memberi penjelasan bahawa dia tidak ada kuasa untuk memecat guru-guru tersebut, kalau menteri tiada kuasa, apa lagi fungsi Kementerian Pendidikan?

Sekolah rendah ada masalah, sekolah menengah ada masalah, sampai universiti pun ada masalah juga. Kalau Universiti Kerajaan tidak cukup, tolonglah bina banyak sikit, jangan hanyalah memainkan sistem kuota selama-lamanya, hinggalah pelajar-pelajar cemerlang hilang perluang melanjutkan pelajaran mereka di universiti kerajaan, malah pelajar-pelajar yang kurang cemerlang pula yang dapat perluang berlajar di universiti kerajaan.

Sebagai pengundi, kami tidak tahu adakah menteri-menteri MCA tidak menyampaikan rayuan atau pemohonan daripada masyarakat cina di dalam mesyuarat kabinet, atau ahli-ahli kabinet BN yang lain tidak faham akan informations yang dikemukakan oleh wakil-wakil MCA?

Bukan katanya BN langsung tak buat kerja, tapi ada kerja buat 10%, ada yang buat 20% atau 30 %, adanya buat 60% atau 70%, tapi masih tidak tercapai harapan pengundi, jadilah ramai yang tidak mengundi BN.

Ada lagi pengundi yang tidak gembira dengan sistem monopoli dalam pasaran, seperti elektrik dimonopoli oleh TNB, air dimonopoli oleh Syabas, TV berbayaran dimonopoli oleh Astro dll, ini menyebabkan harga perkhidmatan atau barangan berkenaan boleh dikekalkan mahal selama-lamanya.

Dah letih aku menaip tapi pun belum dapat habis lagi menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan kehilangan undi yang dihadapi oleh calon-calon BN….


No comments:

Post a Comment